Rokok sudah sinonim dengan kehidupan kita. Di mana-mana kita dapat lihat perokok, tak dapat merokok di tempat awam , perokok sanggup menghisap rokok di dalam tandas. Begitulah hebatnya pengaruh rokok kepada penghisap rokok. Jika kita teliti, dan membuat kajian yang teliti. Kenapa semua ini terjadi kepada umat Islam, sedangkan dalam al-quran dan al-hadis sudah terang-terang menyebut” sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan adalah berdosa”. Jika ditanya kepada perokok, pelbagai jawapan yang akan mereka berikan, semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka. Perkara ini bukan terjadi kepada golongan yang kurang pendidikan agama …tetapi terjadi juga pada mereka yang cerdik pandai dalam agama, malah pada mereka yang mempunyai Ilmu Agama. Masalah ini lebih buruk apabila pelajar sekolah sama ada rendah atau menengah juga terlibat sama dengan tabiat merokok ini. Bukanlah tujuan saya untuk merendah-rendahkan mereka tetapi, sekadar ingin  mengingati sesama saudara Islam. Sama-sama cari jalan menghentikan tabiat yang tidak menguntungkan diri dan kesihatan kita. “Allah tidak akan merubah nasib kita, jika kita sendiri tidak mahu merubahnya”

Perhatikan hadis Rasulullah s.a.w tentang larangan tersebut:

Telah menaqal Allamah Abdullah pada Aswad di dalam kitab Fidul-Asrol dan di dalam kitab Syurah Khutbah  dan telah disebut daripada karangan dalam haramnya rokok (tembakau) seperti Qaiyubi dan ibnu Alan telah mendatangkan hadis.

Telah berkata Hassawi daripada Qutub Hadad dalam tafsir, Rasululllah S.A.W.
Bersabda, maksudnya “ Ya Abu Hurairah , akan datang suatu kaum pada akhir zaman, berkekalan mereka di dalam merokok dan meraka berkata, kami dari umat Nabi Muhammad S.A.W. tetapi mereka bukan dari umatku, tetapi mereka
adalah daripada bintang peliharaan. Kemudian Abu Hurairah bertanya kepada Nabi S.A.W. Daripada apa yang telah tumbuh pokok tembakau? Nabi S.A.W. “Ia tumbuh daripad air kencing iblis.”     ( Rujukan Kitab Baghiatul-Multasydir)

Selain hadis di atas terdapat beberapa lagi teguran atau larangan merokok yang cukup jelas. Sebagai umat islam yang taat, sewajarnya patuh terhadap larangan Allah.

Sekadar tazkirah untuk semua, maaflah kepada sahabatku yang terasa dengan teguran ini. Saya berpegang dengan hadis nabi” Katakalah walaupun pahit”.