Jika Al-Quran Berbicara

Posted in Tazkirah by wanis311 | No Comments »

 

Quraan

Waktu engkau masih kanak-kanak………….kau laksana kawan sejatiku.Dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang….Aku…….,kau junjung dan kau pelajari . Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari . Setelah selesai engkau menciumku mesra. Sekarang engkau telah dewasa…………..

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji……. Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan. Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa. Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.
kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu disurau…..  Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu.  Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia. Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.  Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di
dalam keretamu.  sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu  Mengasyikkan! .

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.  Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu. Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku……… E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan. Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu. Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen.             Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk. Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah. Waktupun cepat berlalu………

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu. Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama. Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali. Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu.

Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membaca waktu kematian saudara  taulanmu atau  !
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba .Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya. Apakah TV, radio ,Astro , hiburan,komputer atau internet  dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu .Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu… Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu……….. Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu .Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di kuburmu nanti….Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.   Yang akan membantu engkau membela diri. Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu  . Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari. Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla ! Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.  Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku…. Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat . Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil. Di surau kecil kampungmu yang damai.  Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. Dalam bisu dan sepi….

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Semoga bermanafaat dan mengingatkan kita kembali kepada kitab suci Al-Quraan. Bacalah…Bacalah….Bacalah….

 

Larangan Rasulullah S.A.W. terhadap Rokok

Posted in Tazkirah by wanis311 | 2 Comments »

Rokok sudah sinonim dengan kehidupan kita. Di mana-mana kita dapat lihat perokok, tak dapat merokok di tempat awam , perokok sanggup menghisap rokok di dalam tandas. Begitulah hebatnya pengaruh rokok kepada penghisap rokok. Jika kita teliti, dan membuat kajian yang teliti. Kenapa semua ini terjadi kepada umat Islam, sedangkan dalam al-quran dan al-hadis sudah terang-terang menyebut” sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan adalah berdosa”. Jika ditanya kepada perokok, pelbagai jawapan yang akan mereka berikan, semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka. Perkara ini bukan terjadi kepada golongan yang kurang pendidikan agama …tetapi terjadi juga pada mereka yang cerdik pandai dalam agama, malah pada mereka yang mempunyai Ilmu Agama. Masalah ini lebih buruk apabila pelajar sekolah sama ada rendah atau menengah juga terlibat sama dengan tabiat merokok ini. Bukanlah tujuan saya untuk merendah-rendahkan mereka tetapi, sekadar ingin  mengingati sesama saudara Islam. Sama-sama cari jalan menghentikan tabiat yang tidak menguntungkan diri dan kesihatan kita. “Allah tidak akan merubah nasib kita, jika kita sendiri tidak mahu merubahnya”

Perhatikan hadis Rasulullah s.a.w tentang larangan tersebut:

Telah menaqal Allamah Abdullah pada Aswad di dalam kitab Fidul-Asrol dan di dalam kitab Syurah Khutbah  dan telah disebut daripada karangan dalam haramnya rokok (tembakau) seperti Qaiyubi dan ibnu Alan telah mendatangkan hadis.

Telah berkata Hassawi daripada Qutub Hadad dalam tafsir, Rasululllah S.A.W.
Bersabda, maksudnya “ Ya Abu Hurairah , akan datang suatu kaum pada akhir zaman, berkekalan mereka di dalam merokok dan meraka berkata, kami dari umat Nabi Muhammad S.A.W. tetapi mereka bukan dari umatku, tetapi mereka
adalah daripada bintang peliharaan. Kemudian Abu Hurairah bertanya kepada Nabi S.A.W. Daripada apa yang telah tumbuh pokok tembakau? Nabi S.A.W. “Ia tumbuh daripad air kencing iblis.”     ( Rujukan Kitab Baghiatul-Multasydir)

Selain hadis di atas terdapat beberapa lagi teguran atau larangan merokok yang cukup jelas. Sebagai umat islam yang taat, sewajarnya patuh terhadap larangan Allah.

Sekadar tazkirah untuk semua, maaflah kepada sahabatku yang terasa dengan teguran ini. Saya berpegang dengan hadis nabi” Katakalah walaupun pahit”.

Sifat Sahabat

Posted in Tazkirah by wanis311 | 1 Comment »

Sahabat adalah orang yang selalu dekat dengan kita.
Sahabat yang baik, itu adalah orang yang selalu membantu dan menolong  kita dalam  kebaikan dan ketika kita mendapat kesusahan supaya  kita di hargai,  hendaklah kita menghormati sahabat kita.
 
Ciri-ciri seorang sahabat

• Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan  melindungimu.

• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia  akan membalas baik persahabatanmu itu.

• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya ia  akan membantumu.

• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan  kepadanya ia akan menerima dengan baik.

• Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

• Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik  daripadamu, ia akan menutupnya.

• Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,  ia akan  mengusahakannya.
 
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia  akan menanyakan kesusahanmu.

• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia  akan meringankan kesusahanmu.

• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan  membenarkanmu.

• Jika engkau merancang sesuatu nescaya ia akan  membantumu.

• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia  lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

“Ingatlah pesan Hasan Al-Banna, “Jadilah seperti  pohon mempelam, walau  ia dibaling dengan batu, namun ia masih memberikan buah yang manis  untuk kita”.