Membina Mukmin Sejati

Posted in pedoman by wanis311 | No Comments »

1) Tidak menjadi kesalahan mencari kekayaan dan kesenangan dengan cara yang halal (banyak pun takpa!). Tetapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia (kekayaan dan kesenangan) selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.

2) Janganlah terlalu ghairah hendak merebut jawatan pemimpin kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau diberikan juga jawatan itu tanpa diminta, sedangkan kita mampu tidak salah diterima tetapi kenalah takut dengan Tuhan.

3) Fitrah yang murni tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.

4) Buanglah sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita terlalu cinta dengan dunia. Apabila itu yang terjadi, kita tidak rasa cukup dengan apa yang ada. Sifat tamak dan bakhil datang hingga akhirnya ia
menjadi rebutan. Di sinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebab timbulnya perpecahan.

5) Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.

6) Orang Mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.

7) Salah satu perkara yang boleh membawa kepada perpecahan orang Islam adalah kerana cintakan dunia. Maka berebutlah mereka untuk mendapatkannya, dengan itu terjadilah perbalahan.

8) Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhaan Allah dan khidmat untuk masyarakat.

9) Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya, tetapi Allah Ta’ala beri untuk menguji kita, apakah kita boleh bersyukur padaNya.

10) Sepatutnya orang Mukmin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat. Ini ditakuti juga tidak akan bersyukur.

11) Bila rasa berTuhan itu tidak ada, automatiknya rasa kehambaan tidak ada. Di waktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi dia menyuburkannya. Akhirnya ibadah itulah yang menghijab
diri dengan Allah Ta’ala.

12) Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.

13) Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihati itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.

Sekadar renungan kita bersama, semoga kita akan lebih bertaqwa kepada Allah.

Nilai Tudung Wanita

Posted in pedoman by wanis311 | 3 Comments »

Ini saya dapat dari kawan utk dikongsi bersama…

 

 

 

Di sini ingin ana menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi semua muslimat. Namun, ini tidak bermakna muslimin boleh mengambilnya sebagai perkara enteng kerana muslimin juga mempunyai peranan penting dalam memastikan dan mendidik muslimat agar sama-sama berada di dalam keredhaan Allah S.W.T.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya,
ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan
bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa,manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh
masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang
agama melalui pakaian.

walllahua’lam

Melayu atau Islam?

Posted in pedoman by wanis311 | No Comments »

 Akhir-akhir ini, di dada akhbar atau media massa sibuk membincangkan tentang perpaduan Melayu. Pelbagai komen yang diberikan oleh pelbagai pihak cendikiawan, ahli politik malah orang perseorangan. Isu ini ekoran dari kegagalan parti pemerintah menguasai 2/3 kerusi parlimen. Sebenarnya, jika kita fahami erti sebenarnya Islam, Isu ketuanan Melayu tidak wujud. Kita bersatu kerana Islam, bukan kerana Melayu….Itulah yang sepatutnya kita pegang. Memang jika diikut sejarah kita yang memiliki negara ini, tetapi jika kita betul2 mengkaji sejarah , darimana sebenarnya masayarakat melayu ini….kajilah sejarah terutama berkaitan dengan bangsa Melayu….anda pasti akan jumpa faktanya. Cuma kita mungkin yang pertama bertapak disini…Berbalik kepada Isu Melayu atau Islam?. Kenapa kita begitu taksub sangat dengan Melayu. Sepatutnya kita lebih lantang memperjuangkan Islam, daripada bersikap asobiayah ini. Nabi Muhammad diutuskan untuk semua umat manusia, bukan hanya untuk Melayu. Jika skop kita adalah Islam, maka tidak timbul isu Ketuanan Melayu. Jika mereka Islam, tidak kira melayu, cina, india atau serani….mereka adalah sahabat kita. Jika Islam adalah matlamat kita barulah kita akan jadi kuat….bukan kerana melayu…cina…india atau Arab….Tetapi kerana Islam…

15 Pintu

Posted in pedoman by wanis311 | No Comments »

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :

1. Pintu marah
2. Cinta dunia
3. Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. Panjang angan-angan
5. Rakus
6. Bakhil
7. Suka pada pujian
8. Riak
9. Ujub (merasa kagum)
10. Takut dan gelisah
11. Buruk sangka
12. Memandang rendah pada orang lain
13. Merasa suka pada dosa
14. Merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
15. Putus asa daripada rahmat “ALLAH”

15 Senjata MENGHALANG Syaitan :

1) Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2) Banyakkan bezikir
3) Banyakan Beristigfar
4) Baca “La i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
5) Jangan tidur berseorangan
6) Baca doa pagi dan petang
7) Bersugi
8) Melaksanakan solat jemaah
9) Berwudhuk sebelum tidur
10) Menutup aurat
11) Membaca doa masuk tandas
12) Banyak berselawat pada hati
13) Bertaubat, beristighfar
14) Banyakkan baca Al-Quran
15) Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang TIDAK dimasuki syaitan :

1) Rumah yang bersih
2) Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
3) Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
4) Panghuninya jujur dan memenuhi janji
5) Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
    halal)
6) Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
7) Rumah yang penghuninya berbakti kepada ibubapa.

 

Semoga menjadi iktibar untuk kita semua, jauhi sifat-sifat yang boleh mengundang syaitan menggangu kita.

Lelaki Acuan Al-Quran

Posted in pedoman by wanis311 | 1 Comment »

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.