17 Kali Sehari Adakah Bererti Jika Tidak Tahu Maksudnya….

Posted in Info by wanis311 | No Comments »

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

2. Segala pujibagi Allah, Tuhan semesta alam

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

4. Yang menguasai di Hari Pembalasan

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,

7. (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan
(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

————————————————————————————

Surat Al Faatihah (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayatadalah surah yang pertama diturunkan dengan lengkap diantara surah-surahyang ada dalam Al Quran dan termasuk golongan surah Makkiyyah. surah ini disebutAl Faatihah (Pembukaan), kerana dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al Quran.Dinamakan Ummul Quran (induk Al Quran) atau Ummul Kitaab (induk Al Kitaab) kerana dia merupakan induk dari semua isi Al Quran, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.
Dinamakan pula As Sab’ul Matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

Surah ini mengandung beberapa unsur pokok / utama  yang mencerminkan seluruh isi Al Quran,iaitu :

1. Keimanan:
Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahawa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, kerana Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Diantara nikmat itu ialah :
nikmat menciptakan,nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-’aalamiin tidak hanya bererti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandungi erti tarbiyah iaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahawa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumberkan dari Allah, kerana Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat
menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na’budu wa iyyaka nasta’iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang
berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.

2. Hukum-hukum:
Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud “Hidayah” disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

3. Kisah-kisah:
Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang.Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa’ (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

 

 

Sepuluh Sahabat Yang Dijanjikan Masuk Syurga

Posted in Info by wanis311 | No Comments »

Alangkah baiknya dan beruntungnya para Sahabat dibawah, kerana mereka telah dijamin masuk syurga oleh Nabi . Jasa pengorbanan mereka cukup besar sehingga Nabi telah menjanjikan syurga kepada mereka. Bagaimana pula dengan kita…ye kita juga boleh mengikuti jejak mereka kerana syurga Allah ciptakan khas untuk hambanya yang taat mengerjakan suruhan dan meninggalkan semua laranganya disamping berusaha menyampaikan dakwah Illahi. Kita seharusnya jadikan ianya sebagai iktibar dan panduan dalam menempuhi hidup ini. Kaji sejarah kehidupan para sahabat , semoga dengan berbuat demikian perasaan dan rasa rendah diri dan ketaqwaan kita semakin utuh. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.

 

1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. 
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban
 
2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil
 
3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu
 
4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah
 
5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
Shahid Yang Hidup
 
6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
Perajurit Allah Pengiring Rasulullah
 
7. Abdul Rahman bin Auf r.a.
Orang Yang Berniaga Dengan Allah
 
8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah
 
9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
Orang Kepercayaan Ummat Ini
 
10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih

 

Sumber Rujukan:
Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga - susunan Syed Ahmad Semait