Agama
Islam Agamaku
Bolehkah kita menemui penerangan mengenai alam semesta? wujudkah penjelasan yang meyakinkan? Kita semua sedar tiada keluarga yang boleh berfungsi tanpa seorang ketua, tiada bandaraya boleh wujud dengan makmur tanpa adanya pentadbiran yang cekap dan tiada sebuah negeri yang boleh beroperasi tanpa seorang pemimpin. Kita juga sedar tiada apa yang boleh wujud dengan sendirinya.
Selain dari itu, kita juga memerhatikan bahawa alam semesta ini wujud dan berfungsi dalam keadaan yang teratur, dan ianya telah wujud sejak lebih berbillion tahun. Bolehkah kita katakan bahawa semua ini berlaku secara kebetulan dan tanpa peraturan? Bolehkah kita kaitkan keujudan manusia dan seluruh alam ini dengan suatu kebetulan sahaja. Manusia hanyalah sebahagian kecil dari seluruh alam semesta yang besar ini, dan jika manusia merancang dan menghargai faedah dari perancangan, maka keujudannya dan alam semesta ini tentunya juga berasaskan satu perancangan rapi.
Ini bermakna ada sesuatu di sebalik kewujudan kita, dan ada suatu kuasa luarbiasa yang mencipta benda-benda dari tiada kepada ada dan memastikan semuanya berjalan teratur. Di dunia ini tentu ada satu kuasa hebat untuk memastikan perjalanan dunia yang teratur. Di sebalik keindahan alam semulajadi, tentu ada Yang Maha Pencipta yang mencipta semua benda yang wujud ini untuk satu tujuan istimewa.
Manusia yang berfikir kenal akan Pencipta ini dan menamakannya Allah
Ada pelbagai cara untuk mengenali Allah dan banyak yang boleh dibincangkan mengenaiNya. Kehebatan dan keajaiban alam semesta ini adalah seumpama buku terbuka yang kita boleh baca mengenaiNya. Selain itu, Allah
Penerimaan menyeluruh kepada ajaran dan panduan dari Yang Maha Pencipta seperti yang diturunkan kepada para RasulNya ialah Agama Islam. Islam mengajar bahawa Allah
Keimanan ini mesti diterjemahkan dan diuji melalui amalan kerana keimanan sahaja tidak mencukupi. Keimanan kepada Tuhan Yang Satu memerlukan kita melihat manusia sebagai satu keluarga dibawah kekuasaan Yang Maha Pencipta, Pemberi Rezeki kepada semua. Islam menolak konsep manusia terpilih. Sebaliknya Islam menetapkan keimanan kepada Maha Pencipta dan amalan solehlah yang merupakan jalan ke syurga. Justeru, hubungan terus dengan Allah wujud tanpa memerlukan perantaraan orang tengah.
Islam bukanlah satu agama baru. Sebenarnya Islam adalah mesej dan panduan sama yang telah Allah
Al-Quran pula ialah firman-firman Allah
Manakala Hadis pula ialah ajaran, sabda, pengesahan, dan perbuatan Nabi Muhammad yang
Sebagai muslim sejati kita wajib menerima kedua-dua sumber perundangan ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan akidah kita terpesong dan dimurkai Allah. Semoga kita semua akan tergolong dalam golongan orang-orang yang diberkati dunia dan akhirat.
amin…..