Sepuluh Sahabat Yang Dijanjikan Masuk Syurga

Posted in Info by wanis311 | No Comments »

Alangkah baiknya dan beruntungnya para Sahabat dibawah, kerana mereka telah dijamin masuk syurga oleh Nabi . Jasa pengorbanan mereka cukup besar sehingga Nabi telah menjanjikan syurga kepada mereka. Bagaimana pula dengan kita…ye kita juga boleh mengikuti jejak mereka kerana syurga Allah ciptakan khas untuk hambanya yang taat mengerjakan suruhan dan meninggalkan semua laranganya disamping berusaha menyampaikan dakwah Illahi. Kita seharusnya jadikan ianya sebagai iktibar dan panduan dalam menempuhi hidup ini. Kaji sejarah kehidupan para sahabat , semoga dengan berbuat demikian perasaan dan rasa rendah diri dan ketaqwaan kita semakin utuh. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.

 

1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. 
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban
 
2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil
 
3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu
 
4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah
 
5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
Shahid Yang Hidup
 
6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
Perajurit Allah Pengiring Rasulullah
 
7. Abdul Rahman bin Auf r.a.
Orang Yang Berniaga Dengan Allah
 
8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah
 
9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
Orang Kepercayaan Ummat Ini
 
10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih

 

Sumber Rujukan:
Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga - susunan Syed Ahmad Semait

Perniagaan Yang Menguntungkan

Posted in Hadis by wanis311 | No Comments »

 

 

Kita tahu bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w adalah orang-orang yang telah membela dan banyak berkorban demi agama Islam yang agung ini. Mereka adalah sebaik-baik penolong untuk agama ini. Mereka juga sebaik-baik pejuang di jalannya. Hal ini terjadi pada mereka, kerana mereka menjadikan ajaran Islam sebagai sebuah realiti dalam perilaku mereka dan sebagai sesuatu yang begitu terasa di dalam hati mereka.
Hingga hal itu menjadi tabiat mereka dengan seikhlas-ikhlasnya dan berani membela agama ini walaupun harus membayar dengan harga yang mahal.

Islam mengajak mereka untuk hijrah. Dengan cepat mereka menyambut seruan itu; meninggalkan Mekkah walau hati mereka penuh kerinduan kepadanya dan jiwa mereka dihiasi dengan kecintaan padanya. Mereka lebih mengutamakan aqidah dibanding tempat-tempat permainan mereka saat masih kanak-kanak, tempat yang penuh dengan kenangan indah.

Islam mengajak mereka untuk berjihad. Ternyata mereka adalah perajurit-perajurit tangguh yang tidak dihinggapi rasa takut. Mereka berhijrah karena Allah dan karena Rasul-Nya, dan mereka berhasil memberikan tauladan yang baik yang monumental dan indah dalam pengorbanan dan keimanan mereka yang sejati.Perhatikan kisah berikut ini.

Ketika Shuhaib pergi menemui Nabi s.a.w untuk berhijrah, ada beberapa orang quraisy yang mengekorinya. Mereka berkata kepada Shuhaib, “Dulu kau datang kepada kami dalam keadaan tidak punya apa-apa, kemudian kau hidup bersama kami dan mendapatkan harta yang banyak dan kau menjadi orang seperti sekarang ini. Tahu-tahu kau ingin keluar dengan membawa semua hartamu? Demi Allah, hal itu tidak akan pernah terjadi.” Lalu Shuhaib turun dari tunggangannya, dikeluarkannya anak panah dari tempatnya, seraya berkata, “Wahai kaum Quraisy, kalian sudah tahu bahawa aku termasuk orang paling pandai memanah diantara kalian. Demi Allah, kalian tidak akan menyentuhku kecuali akan aku bidik dengan semua anak panahku, kemudian aku akan menebas dengan pedangku ini selama dia berada ditanganku. Ayuh lakukan apa yang kamu inginkan!” Akan tetapi Shuhaib setelah itu berkata, ” Bagaimana bila aku tinggalkan semua hartaku untuk kalian, apakah kalian akan membiarkan aku pergi?” Mereka menjawab, “Ya.” Maka Shuhaib
meninggalkan semua hartanya untuk mereka. Dan ketika sampai ke hadapan Rasulullah s.a.w, di Madinah beliau bersabda, “Telah beruntung perniagaanmu hai Abu Yahya. Telah beruntung perniagaanmu hai Abu Yahya.” Dan turunlah firman Allah SWT, “Dan diantara manusia itu ada seorang yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan Allah.” (QS. Al-Baqarah:207).