Larangan Rasulullah S.A.W. terhadap Rokok

Posted in Tazkirah by wanis311 | 2 Comments »

Rokok sudah sinonim dengan kehidupan kita. Di mana-mana kita dapat lihat perokok, tak dapat merokok di tempat awam , perokok sanggup menghisap rokok di dalam tandas. Begitulah hebatnya pengaruh rokok kepada penghisap rokok. Jika kita teliti, dan membuat kajian yang teliti. Kenapa semua ini terjadi kepada umat Islam, sedangkan dalam al-quran dan al-hadis sudah terang-terang menyebut” sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan adalah berdosa”. Jika ditanya kepada perokok, pelbagai jawapan yang akan mereka berikan, semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka. Perkara ini bukan terjadi kepada golongan yang kurang pendidikan agama …tetapi terjadi juga pada mereka yang cerdik pandai dalam agama, malah pada mereka yang mempunyai Ilmu Agama. Masalah ini lebih buruk apabila pelajar sekolah sama ada rendah atau menengah juga terlibat sama dengan tabiat merokok ini. Bukanlah tujuan saya untuk merendah-rendahkan mereka tetapi, sekadar ingin  mengingati sesama saudara Islam. Sama-sama cari jalan menghentikan tabiat yang tidak menguntungkan diri dan kesihatan kita. “Allah tidak akan merubah nasib kita, jika kita sendiri tidak mahu merubahnya”

Perhatikan hadis Rasulullah s.a.w tentang larangan tersebut:

Telah menaqal Allamah Abdullah pada Aswad di dalam kitab Fidul-Asrol dan di dalam kitab Syurah Khutbah  dan telah disebut daripada karangan dalam haramnya rokok (tembakau) seperti Qaiyubi dan ibnu Alan telah mendatangkan hadis.

Telah berkata Hassawi daripada Qutub Hadad dalam tafsir, Rasululllah S.A.W.
Bersabda, maksudnya “ Ya Abu Hurairah , akan datang suatu kaum pada akhir zaman, berkekalan mereka di dalam merokok dan meraka berkata, kami dari umat Nabi Muhammad S.A.W. tetapi mereka bukan dari umatku, tetapi mereka
adalah daripada bintang peliharaan. Kemudian Abu Hurairah bertanya kepada Nabi S.A.W. Daripada apa yang telah tumbuh pokok tembakau? Nabi S.A.W. “Ia tumbuh daripad air kencing iblis.”     ( Rujukan Kitab Baghiatul-Multasydir)

Selain hadis di atas terdapat beberapa lagi teguran atau larangan merokok yang cukup jelas. Sebagai umat islam yang taat, sewajarnya patuh terhadap larangan Allah.

Sekadar tazkirah untuk semua, maaflah kepada sahabatku yang terasa dengan teguran ini. Saya berpegang dengan hadis nabi” Katakalah walaupun pahit”.

Sifat Sahabat

Posted in Tazkirah by wanis311 | 1 Comment »

Sahabat adalah orang yang selalu dekat dengan kita.
Sahabat yang baik, itu adalah orang yang selalu membantu dan menolong  kita dalam  kebaikan dan ketika kita mendapat kesusahan supaya  kita di hargai,  hendaklah kita menghormati sahabat kita.
 
Ciri-ciri seorang sahabat

• Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan  melindungimu.

• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia  akan membalas baik persahabatanmu itu.

• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya ia  akan membantumu.

• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan  kepadanya ia akan menerima dengan baik.

• Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

• Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik  daripadamu, ia akan menutupnya.

• Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,  ia akan  mengusahakannya.
 
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia  akan menanyakan kesusahanmu.

• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia  akan meringankan kesusahanmu.

• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan  membenarkanmu.

• Jika engkau merancang sesuatu nescaya ia akan  membantumu.

• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia  lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

“Ingatlah pesan Hasan Al-Banna, “Jadilah seperti  pohon mempelam, walau  ia dibaling dengan batu, namun ia masih memberikan buah yang manis  untuk kita”.

Amalan Zikir Harian

Posted in Agama by wanis311 | No Comments »

   Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:

 doa-harian.JPG

 Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.

Lelaki Acuan Al-Quran

Posted in pedoman by wanis311 | 1 Comment »

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.