BERTAUBAT DAN KEISTIMEWAANYA
Posted in Agama by wanis311 | 1 Comment »Menurut pengertian bahasa “taubat” bermakna kembali. Manakala menurut istilah syarak ia bererti kembali ke jalan yang benar dan lurus setelah menempuh jalan yang sesat ataupun melakukan dosa sebelumnya. Taubat juga boleh diertikan sebagai meninggalkan perbuatan yang salah dan berdoa, menyesali keterlanjurannya pada masa lalu dan berjanji tidak akan melakukan lagi kesalahan tersebut. Dengan perkataan lain, bertaubat bererti menyesali sungguh-sungguh untuk tidak melakukannya lagi dan
meminta ampun daripada Allah SWT.
Setiap orang yang melakukan kesalahan ataupun dosa wajib bertaubat dengan memohon keampunan di atas kesalahannya itu kepada Allah. Tuntutan ini bukan saja dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W tetapi Allah S.W.T juga amat suka kepada hamba-hamba-Nya yang suka memohon keampunan kepada-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya (nasuha), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan -
kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang Mengalir di bawahnya sungai- sungai.”
< S. At-Tahrim: 8>
Melalui ayat ini, Allah S.W.T menganjurkan kita supaya sentiasa bertaubat daripada
segala bentuk kesalahan kita supaya kita menerima balasan baik di dunia dan di akhirat.
Namun demikian, taubat di sini yang dimaksudkan ialah taubat yang sungguh-sungguh (nasuha) dengan tidak lagi mengulangi perbuatan-perbuatan mungkar dan maksiat yang terlanjur dilakukannya. Misalnya seseorang yang selama ini melakukan perbuatan-perbuatan maksiat seperti berjudi, berzina, meminum arak dan sebagainya. Sampai pada suatu ketika dia menyedari bahawa perbu-atannya selama ini adalah
salah dan berdosa di sisi agama. Setelah itu dia bertaubat nasuha sehingga dia tidak lagi melakukan perkara-perkara tersebut. Malah menghampiri tempat-tempat perjudian, kedai-kedai arak dan sebagainya pun dia benci dan jijik. Setiap hari selepas dia
mengerjakan sembahyang dia memohon ampun dan beristigfar banyak-banyak semata-mata mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T. Apabila seseorang itu dapat melakukan yang sedemikian, maka bolehlah kita katakan bahawa dia berada di jalan menuju taubat yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah. Berpandukan kepada
keadaan tersebut di atas, boleh kita katakana bahawa seseorang yang ingin bertaubat mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Mesti menghentikan segala jenis maksiat atau kemungkaran yang dilakukan.
Berhenti melakukan segala jenis maksiat dan mungkar di sini bererti bukan setakat berhenti daripada tercebur di dalamnya tetapi juga harus menjauhi tempat-tempat maksiat dan cuba menegah orang lain daripada terlibat di dalam kancah tersebut di samping sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu itu.
2. Merasa menyesal di atas perkara yang tidak baik yang terlanjur dilakukan. Rasa
menyesal di sini bukanlah bersifat sementara tetapi berkekalan sehingga kita takut untuk melakukannya kali yang kedua serta bertekad tidak akan melakukannya lagi.
3. Niat bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan itu kembali. Niat yang dikehendaki di sini bukan setakat ucapan dan lafaz di dalam hati tetapi juga harus disertai dengan tindakan dari segi gerak-geri, tutur kata dan lain-lain lagi.
4. Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak dengan meminta maaf atau
halalnya serta mengembalikan apa yang harus dikembalikan. Ini khususnya bagi seseorang yang membuat kesalahan terhadap sesama manusia. Umpamanya apabila
seseorang itu memaki hamun ataupun mengumpat seseorang yang lain, maka dia patutlah meminta maaf di atas kesalahannya itu . Demikianlah juga halnya jika seseorang itu berhutang ataupun meminjam barang rakannya. Dia mestilah membayar hutangnya itu ataupun mengembalikan barang yang telah dipinjamnya itu.